Ibu babpa terpaksa menunggu malam untuk buat latihan sekolah.

Bukan mudah untuk melaksanakan sesi pembelajaran itu berikutan terdapat pelbagai masalah seperti capaian internet, ibu bapa bekerja (terpaksa menunggu malam untuk buat latihan sekolah) yang turut memberi tempias kepada mental kanak-kanak terbabit.

Perubahan ini juga menyaksikan banyak isu yang timbul dari semasa ke semasa termasuklah masalah capaian internet yang tidak memuaskan dan ketiadaan alat peranti yang sesuai (seperti komputer dan telefon pintar).

Hal ini pastinya menjadi lebih sukar kepada kanak-kanak disebabkan kekurangan sokongan pembelajaran dan dalam masa yang sama terpaksa membuat penyesuaian pembelajaran kaedah baharu sepanjang tempoh PKP.

Semakin lama didapati ramai kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda penolakan terhadap pembelajaran dalam talian dan tidak lagi berminat dengan gerak kerja dalam talian ini.

Bagi yang menghadapi peperiksaan pula, mereka dilihat agak tertekan apabila menyedari tahap kefahaman mereka terhadap pembelajaran adalah berbeza dengan pembelajaran secara bersemuka di dalam kelas.

Hal ini secara langsung boleh mempengaruhi motivasi dan kemahiran belajar mereka.

Jika perkara ini berterusan maka dikhuatiri hasil pembelajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya.

Justeru, kegusaran ibu bapa dan guru terhadap isu ini adalah berasas. Maka, tindakan segera perlu dibuat bagi memastikan sistem sokongan pembelajaran secara dalam talian diperkemaskan dan ditingkatkan dalam tempoh PKP ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *